Juara Liga Super Malaysia 2011, Kelantan diundi dalam kumpulan H untuk saingan Piala AFC pada musim depan.
Undian yang dilakukan di Rumah AFC di Kuala Lumpur turut menyatakan satu
lagi wakil Malaysia, Terengganu layak automatik selepas dua pasukan
dari Indonesia dan China menarik diri dari menyertai Piala AFC.
Bersama Kelantan dalam kumpulan ialah Ayeyawady United, Navibank Saigon dan Arema Indonesia.
Ayeyawady United merupakan naib juara Liga Myammar di belakang Yangon
United manakala Navibank Saigon FC turut layak ke AFC kerana muncul
juara Piala Vietnam pada musim ini. Arema Indonesia pula merupakan naib
johan Liga Super Indonesia pada tahun ini.
Menurut AFC, kejohanan peringkat kumpulan bagi kesemua perlawanan untuk
pasukan yang bertanding pada kali ini akan bermula pada bulan Mac 2012


Tiada ulasan:
Catat Ulasan