Selamat Datang !!!!

Follow

Rabu, 25 Januari 2012

Malaysia : Mana hilangnya Apek?


KERJA KERAS...pemain skuad Olimpik berlatih di Wisma FAM, semalam.
KERJA KERAS...pemain skuad Olimpik berlatih di Wisma FAM, semalam.
KHAIRUL FAHMI...hilang.
KHAIRUL FAHMI...hilang.
KETIADAAN penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat pada sesi latihan pusat skuad Olimpik negara semalam membingungkan jurulatih, Ong Kim Swee.
Tanpa sebarang alasan, kelibat kapten negara itu tidak kelihatan bersama 24 pemain lain yang dipanggil bagi persiapan menentang Bahrain dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik London di Manama 5 Februari depan.
Kim Swee yang terkejut dengan ketiadaan Khairul Fahmi bagaimanapun enggan berbicara mengenai tindakan yang akan diambil kerana mahu memberi peluang kepada pemain itu dan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberi penjelasan.

“Khairul Fahmi tidak melaporkan diri dan saya tidak tahu kenapa dia tidak hadir. Dia dan Kafa tidak memaklumkan apa-apa kepada saya setakat ini.

“Saya pelik adakah pihak persatuan tidak tahu mengenai perkara ini sedangkan surat mengenai latihan pusat sudah dihantar pada 18 Januari lalu.

“Saya akan tunggu penjelasan mereka esok (hari ini) sebelum memikirkan mengenai tindakan yang perlu diambil,” katanya yang ditemui pemberita selepas tamat sesi latihan semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya......

HeHe ...

Kim Swee Mahu Tebus Maruah



SKUAD Olimpik negara kini fokus bagi menghadapi baki tiga aksi kelayakan Olimpik 2012 bagi Zon Asia.


ATAS kertas, peluang skuad Olimpik negara untuk mara ke peringkat seterusnya pada pusingan Kelayakan Olimpik 2012 (Zon Asia) tampak sukar.
Selepas tewas 2-3 kepada Bahrain pada saingan peringkat Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada November lalu, slot untuk ke saingan penentuan kini dilihat semakin tertutup rapat buat skuad kendalian Ong Kim Swee itu.
Sebelum itu, skuad negara tewas 0-2 pada aksi pembukaan kepada Jepun diikuti kekalahan kepada Syria.
Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan hasrat Harimau Muda untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun ini akan menemui kegagalan jika keputusan yang dicatat pada pusingan pertama peringkat kumpulan sebelum ini berulang pada kempen pusingan kedua kelak.
Namun, dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku dan tiada yang mustahil.
Berpegang dengan hakikat tersebut, Kim Swee mengharapkan sedikit keajaiban pada aksi pusingan kedua kelak dengan harapan mampu mencipta kejutan, sekali gus menjejak kaki ke bumi London.
Apa yang bermain di kotak fikiran pengendali berasal dari Melaka itu adalah Harimau Muda perlu menebus semula maruah yang tercalar dalam baki tiga perlawanan akan datang bermula dengan perhitungan menentang Bahrain pada 5 Februari depan.
Katanya, beliau tetap bersikap positif dan berharap kegagalan lalu tidak akan berulang.
“Sudah tentu saya melihat perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan Zon Asia dari sudut yang positif.
KIM SWEE masih optimis dengan barisan pemainnya bagi mengharungi cabaran mendatang.


“Pasukan ini sudah didedahkan dalam beberapa perlawanan antarabangsa dan saya yakin mereka lebih bersedia.
“Selain pendedahan, mereka juga dapat menimba pengalaman yang cukup tinggi. Namun, kami belajar dari kesilapan lalu dan bersedia untuk memberikan yang terbaik menjelang pertemuan menentang Bahrain,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Ditanya mengenai langkah menyenaraikan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Mohd. Ali, beliau menjelaskan bahawa prestasi pemain tersebut dilihat agak konsisten.
“Saya tidak menilai seseorang pemain itu melalui satu perlawanan sahaja sebaliknya mengikuti perkembangannya,” jelasnya.
Jelasnya, apa yang menjadi keutamaan beliau ketika ini adalah pemain yang mempamerkan aksi yang konsisten wajar diberi peluang menyarungi jersi skuad kebangsaan.
“Saya percaya khidmat Syakir amat ditagih oleh negara kerana dia memiliki sentuhan penyudah yang cukup baik dan pemain berusia 21 tahun itu mempunyai pengalaman beraksi dipentas antarabangsa,” jelasnya.

Selasa, 24 Januari 2012

Scoreboard Bakal Dinaikkan.


Selepas melalui pelbagai kritikan dan percanggahan pendapat daripada Kerajaan Negeri dan KAFA, penyokong setia The Red Warriors akhirnya dapat melihat "scoreboard" elektronik dipasang di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, tidak lama lagi.


Menurut maklumat yang disampaikan oleh Tan Sri Annuar Musa, iklan terbuka untuk membekal dan memasang papan tanda tersebut akan dimuatkan dalam beberapa akhbar utama negara oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)

Beliau turut menyeru kepada sesiapa yang berkelayakan dalam pembinaan boleh menyertai tender terbuka untuk mendapatkan projek pemasangan "scoreboard" itu.

Projek pemasangan dijangka akan dimulakan seberapa segera dan dijangka siap sepenuhnya beberapa bulan dari sekarang.

Sebelum ini, RedsfcNews telah melaporkan pihak Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) bersetuju untuk membina papan tanda jaringan itu dengan peruntukan sendiri (link) dan dijangka siap pada Mac 2012.

KREDIT : RedsFc-News

GAMBARAN STADIUM BARU KELANTAN DI TUNJONG


Tengahari tadi, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memohon kepada YB PM agar Negeri Kelantan dijadikan PERSADA BOLASEPAK NEGARA supaya dapat memenuhi aspirasi rakyat untuk prasarana Sukan di Kelantan termasuk mendapatkan STADIUM BARU di Tunjong.
Dibawah ialah sebahagian gambar yang diambil terus dari Facebook Tan Sri Annuar Musa
Stadium Baru Kelantan
Stadium Baru Kelantan 2012
Stadium Kelantan

Isnin, 16 Januari 2012

Preview Liga Super 2012 : Kelantan mln Johor FC.

Kelantan menanti kunjungan kelab dari Selatan, Johor FC dalam perlawanan ketiga saingan Liga Super 2012 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.

Selepas melalui minggu mengecewakan di gelanggang sendiri, dua pasukan diatas akan bertarung merebut tiga lagi mata yang diperuntukkan untuk mengejar pendahulu carta liga setakat ini.

Sang Kijang pasti mahu memadamkan seketika kritikan yang dilemparkan kepada mereka selepas gagal mengutip tiga mata penuh keatas PKNS manakala pada perlawanan sebelum ini, Johor FC menunjukkan persembahan mantap tetapi gagal mengekang Negeri Sembilan menyaksikan kekalahan pertama di gelanggang sendiri.

Sang Lebah sudah tentu mahu mengambil peluang mencatatkan pungutan mata penuh hasil kecelaruan pasukan tuan rumah disamping dendam K. Devan untuk melihat anak buah terbarunya menumpaskan The Red Warriors di tempat lawan.

Kelantan bagaimanapun semestinya tidak rela lagi keciciran mata sementelah beraksi di gelanggang sendiri dan didepan ribuan penyokong sendiri.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak tahun 2000, Sang Kijang mencatatkan lima kemenangan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV manakala satu kekalahan dicatatkan sewaktu aksi Kelantan dipindahkan ke Stadium Nasional Bukit Jalil selepas menerima hukuman FAM.

Pertemuan semasa turut berpihak kepada Kelantan sama ada saingan Liga Super serta Piala FA dimana mereka menundukkan Johor FC di Kota Bharu dan juga Pasir Gudang.

Namun percaturan taktikal bakal menjadi penentu sama ada musim baru akan berlaku kejutan ataupun masih kekal sama dengan Kelantan terus mengatasi Johor FC kerana kedua-dua pasukan mendapat sentuhan pengendali baru selain penambahan ramai pemain dari luar.


Segalanya dapat disaksikan di arena keramat Sang Kijang, esok.

Taktik dan Formasi



Peter James Butler pasti akan menukar kembali barisan pemain kepada sedia ada selepas menyaksikan beberapa pemain simpanan gagal memberi kesan positif menyebabkan kegagalan mengutip mata penuh keatas PKNS. Dari formasi 4-4-2, kemungkinan perubahan akan dilakukan beliau dengan memasukkan kembali dua tonggak yang direhatkan manakala barisan penyerang pula diberi tanggungjawab lebih berat bagi memastikan jaringan mampu dilakukan seawal mungkin. Jentera tengah turut diharapkan memberi lebih impak dengan gerakan yang mampu memecahkan benteng pelawat selain pemain di benteng diminta berwaspada dari serangan Johor FC.

K. Devan tentu sudah mengambil pengajaran selepas kekalahahan kepada Negeri Sembilan kerana mereka tekun mengikat pemain import menyebabkan pemain lawan lain bebas berkeliaran memburu jaringan. Oleh itu, pertembungan dengan Kelantan menentukan sama ada taktikal yang akan diatur nanti relevan kepada Johor FC untuk merampas mata. Formasi 3-5-2 yang diterapkan mungkin diubah kepada 4-4-2 kerana taktikal menyerang di gelanggang Kelantan memungkinkan benteng mereka menerima tekanan berat dari pasukan tuan rumah. Dua tiga pemain berpengalaman Sang Lebah dijangka memainkan peranan besar bagi memperkuatkan pasukan untuk mengukuhkan formasi cerapan Devan untuk pulang dengan sekurang-kurangnya keputusan positif.

Kesebelasan Jangkaan

Kelantan

Pada pertemuan terdahulu, Khairul Fahmi tidak diturunkan selepas mengalami kecederaan ketika melawan Singapura Lions memaksa Butler menurunkan Syazwan Yusoff biarpun Shahrizan Ismail sebenarnya lebih berhak beraksi di tempat tersebut. Bagaimanapun, Khairul Fahmi dijangka kembali dalam kesebelasan utama selepas sembuh dari kecederaan manakala Shahrizan terus kekal diletakkan di bangku simpanan.

Jentera pertahanan, berita gembira buat kem Kijang selepas Azizi Mat Rose kembali tersenarai disamping S. Subramaniam. Azizi tidak diturunkan hasil kecederaan pada perlawanan Piala Sumbangsih dijangka akan memainkan lebih peranan bersama Subra yang dikritik hebat segelintir peminat selepas melakukan beberapa kesalahan membenarkan pihak lawan menjaringkan gol. Pada posisi pertahanan kiri dan kanan, Aziz dan Daudsu terus dikekalkan di tempat tersebut kerana buat masa ini, tiada pemain yang dapat bermain dengan baik dan mampu mengantikan mereka.

Posisi tengah pula menyaksikan Mohd Badri Radzi diberi tanggungjawab menggalas tugas selaku ketua pasukan. Norfarhan Mohamed dijangka bermula di kesebelasan utama selepas gagal menempatkan diri dalam dua perlawanan manakala Indra terus diyakini mampu memberikan lebih kepada pasukan bila diturunkan. Satu lagi tempat mungkin akan berlaku perubahan seandainya ketua jurulatih Kelantan mengambil kira prestasi semasa Shakir yang dilihat kurang konsisten. Mungkin berlaku pengantian disini dengan beberapa pemain seperti Azwan Roya ataupun Khairul Izuan mampu menyakinkan Butler bagi mengantikan Shakir. Jika tidak, pemain berjersi nombor lapan tersebut terus diletakkan di "defendsive midfield".

Norshahrul Idlan Talaha terus dikekalkan selaku pemain penyerang dan rakan gandingan penyerang kebangsaan tersebut mungkin menjadi milik Mohamed Ghaddar selepas pemain import Lubnan ini dapat merubah tempo serangan Sang Kijang dalam dua perlawanan lepas. Penyerang gantian mungkin diberikan kepada Danny Antwi manakala Ramzul tidak tersenarai.

Johor FC

Prestasi tidak menentu penjaga gol menjadi masalah besar buat K. Devan. Bagaimanapun, posisi ini dijangka Anis Faron diletakkan selaku pemain terakhir di kubu Johor FC biarpun masih tidak mempamerkan prestasi memberangsangkan pada perlawanan lepas. Zamir Selamat masih belum diyakini untuk diletakkan di posisi pertama biarpun berstatus bekas penjaga gol muda skuad muda kebangsaan.

Benteng pertahanan mereka pula bakal diketuai bekas pemain kebangsaan, Khaironisam Sahabuddin. Pemain ini menampilkan beberapa aksi cemerlang biarpun gagal menghalang Negeri Sembilan membolosi gawang mereka dua kali. Khaironisam dijangka digandingkan K. Devan dengan bekas pertahanan Kedah, Shafizan Hashim. Manakala Khairi Kiman juga terus dikekalkan. Izuan Jarudin yang dimasukkan pada akhir masa pada perlawanan sebelum ini kemungkinan besar dimasukkan ke dalam kesebelasan utama.

Barisan tengah mereka tidak kurang hebatnya. Biarpun mempertaruhkan "orang lama", kudrat mereka ternyata masih menjadi penyumbang besar buat Sang lebah. Eddy Helmi diletakkan di bahagian "center" manakala Mohd Khairul Ismail dijangka dikekalkan status selaku ketua pasukan. Dua lagi tempat kemungkinan pemain yang baru direkrut dari Kedah dan Felda, Azi Shahril serta Ahmad Fauzi Shaari. Namun, Devan tidak pening kepala memilih pemain di posisi ini selepas menerima ramai pemain utama dari luar yang berkemampuan untuk mengisi tempat. Pemain seperti Jas Azrin, Shazwan Zainon dan Ridwan Maon kekal bersiap sedia untuk diturunkan.

Pemain serangan dijangka tiada perubahan dari K. Devan dengan Zambri Chin dan Shahrizal Saad mungkin menjadi pemain yang akan bertindak memecahkan benteng pasukan Kelantan. Johor FC turut memiliki penyerang berkaliber lain seperti Farid Ideris serta Haris Safwan di posisi ini.

Kesebelasan/Posisi Pemain

Khairul Fahmi
Daudsu--Azizi--Subra--Aziz
Norfarhan--Badri (Kp)--Shakir--Indra
Ghaddar--Norshahrul

Zambri--Shahrizal
Khairi (Kp)--Eddy--Azi Shahril--Fauzi
Izuan--Khaironisam--Khairi--Shafizan
Anis Faron

Pemain Tumpuan Perlawanan


Kredit:
RedsFC-News
Shazli Shamsudin Photography
Mohd Hafiz Awang
Rothion Johorfc.com
Semua pemilik gambar.

Mat Yo Dahaga Gol!!

APA yang berlegar dalam minda Norshahrul Idlan Talaha ketika ini cuma satu – mahu membocori gawang Johor FC dalam saingan Liga Super, malam ini untuk koleksi peribadi dan juga membantu cabaran Kelantan yang ‘agak bergoyah’ ketika ini.
Penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang bergelar Mat Yo itu akur dia belum mencapai tahap kemampuan sebenar menggegar gawang lawan dan bertekad mahu menjaringkan gol pada setiap perlawanan selepas ini termasuk di Stadium Sultan Muhammad IV nanti.
“Saya mahu jaringkan gol untuk pasukan. Itu sasaran saya dalam setiap perlawanan bagi membolehkan Kelantan berada pada kedudukan selesa awal musim. Tapi saya juga perlu mendapat bantuan rakan sepasukan.
“Saya akan memperbaiki kelemahan diri dan berharap rakan sepasukan juga sentiasa membantu kerana kerjasama dan kesefahaman dalam padang amat penting mempamerkan rentak permainan mantap,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, penyerang berasal daripada Besut, Terengganu itu akur tekanan dirasai selepas Kelantan terikat 1-1 dengan Selangor PKNS pada 13 Januari lalu walaupun bermain di halaman sendiri. Namun ayam tambatan The Red Warriors percaya pasukannya akan bangkit dalam pertemuan menentang Johor FC, malam ini.
“Kita harap pemain bangkit dan memberi yang terbaik ketika menentang Johor FC malah kelebihan bermain ditempat sendiri akan dimanfaatkan bagi mengembalikan kepercayaan penyokong,” katanya yang sudah menjaringkan dua gol setakat ini daripada tiga perlawanan lalu.

Rabu, 11 Januari 2012

Apek Atasi Al Habsi Sebagai Penjaga Gol Terbaik Asia


PENJAGA gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat mendapat tempat pertama di dalam undian orang ramai sebagai penjaga gol terbaik rantau Asia di laman web goal.com, hari ini.
Sebelum ini, laman web tersebut meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23.

Beliau berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%.
Antara calon lain yang disenaraikan di dalam undian adalah Ali Al Habsi (Wigan), Mark Schwarzer (Fulham) dan Mohammed Saqr (Al Sadd).

Comment ..

Lain2 lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...