Waktu ini, kita menantikan seorang lagi pemain import yang akan
menyertai The Red Warriors seperti yang dikehendaki Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA).
Pihak pengurusan Kelantan telah melakukan banyak percubaan termasuk
membawa beberapa nama besar menjalani sesi perlawanan persahabatan
tetapi kebanyakan pemain tersebut tidak menepati kemahuan.
RedsfcNews ada bertanyakan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa akan
perkara tersebut dan beliau ada memberi maklum balas kemungkinan besar
Sang Kijang hanya menggunakan tiga pemain yang telah ditandatangani
setakat ini.
Namun pada satu masa, Tan Sri Annuar Musa juga ada mengatakan
mereka mungkin akan memilih sama ada Zakharia Charara ataupun Albert
Banning untuk diserap melengkapkan senarai empat pemain yang diingini
bergantung pada bajet yang ada.
Pilihan kini di tangan pihak pengurusan Kelantan dan kita harapkan
pemain yang terbaik sahaja dipilih ataupun terus mengguna tiga pemain
yang telah ditandatangan dan beri lebih peluang kepada pemain tempatan
untuk menyerlah di peringkat Asia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan