Kesuntukan masa untuk mencari seorang lagi pemain import untuk
menyertai saingan Liga Malaysia dan Piala AFC menyebabkan Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA) memuktamadkan untuk tiga pemain sahaja.
Tiga pemain tersebut, Denny Antwi, Emmanuel Okine dan Mohamad Ghaddar
akan didaftarkan dengan pasukan Kelantan untuk membantu mereka bersaing
dalam beberapa kejohanan yang berlangsung musim depan.
Perkara tersebut disahkan sendiri Presiden pada satu sidang bersama
pihak media di The Red Warriors Cafe, Kelantan Trade Center (KTC),
tengahari tadi.
Selain itu, KAFA turut mengumumkan akan membawa pulang beberapa pemain
yang berasal dari Kelantan dari skuad Harimau Muda B untuk diserap dalam
pasukan President Warriors pada tahun 2012.
Keinginan mempertahankan kejuaraan Piala Presiden menyebabkan pihak
pengurusan bertekad akan membawa pulang pemain tersebut untuk
memperkuatkan pasukan.
Dalam perkembangan lain, pihak KAFA turut menyatakan empat pemain yang
menyarung jersi The Red Warriros musim lepas dipinjamkan kepada dua
pasukan yang beraksi di Liga Super dan Liga Perdana.
Wan Zaman Mustapha dan Zulyusri Che Harun dipinjamkan kepada Perlis
manakala Nizad Ayub serta Khairan Ezuan Razali pula akan menyertai Felda
United.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan