Persiapan Kelantan dalam pra musim 2012 menuju fasa kedua, jelas
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam satu sidang media di
The Red Warriors Cafe, tengahari tadi.
Menurut Tan Sri Annuar Musa, fasa pertama telah dilalui dengan jayanya
selepas pasukan Kelantan berjaya memanfaatkan sesi latihan dengan
mengadakan banyak perlawanan persahabatan sepanjang November.
Tujuan pra musim dengan menurunkan barisan baru dan muda ternyata
pelaburan awal pihak pengurusan untuk memberikan kesemua pemain yang
diturunkan menepati kehendak jangka panjang Kelantan.
KAFA tidak lagi akan mencuba pemain baru kerana pada fasa ini kita akan
memberi penekanan untuk membina keserasian corak dan teknik permainan di
kalangan pemain. Rentak permainan akan diseragamkan mengikut adunan
yang mampu membuat pasukan menjadi yang terbaik, katanya lagi.
Selepas ini, kita akan pergi kepada fasa kedua dimana kesemua pemain
akan didaftarkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seterusnya
diturunkan dalam baki perlawanan persahabatan yang telah diatur termasuk
menentang juara liga Qatar.
Dua perlawanan telah disahkan bermain di Kota Bharu menentang T-Team dan
Terengganu selain membawa kesemua pemain berlatih di sebelah utara
untuk menyertai satu dua perlawanan persahabatan disebelah sana.
Perlawanan-perlawanan persahabatan semasa fasa kedua akan memfokuskan
pasukan kepada persediaan pertemuan Piala Sumbangsih dan Liga Malaysia
yang akan bermula tidak kurang dalam masa sebulan dari sekarang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan