Ketika pintu pendaftaran pemain hampir ditutup, kem Kelantan menerima
khabar kurang enak selepas Emmanuel Okine dan Danny Antwi dikhabarkan
masih belum mendapat International Transfer Certificate (ITC) untuk
beraksi di Malaysia.
Menurut maklumat yang disampaikan kepada RedsfcNews, pelepasan dua
pemain ini untuk beraksi dengan Kelantan masih belum diselesaikan oleh
Persatuan Bola Sepak Ghana (GFA) kerana kelembapan proses dari pihak
disana.
Pihak KAFA ketika ini sedang berusaha keras untuk mendapatkan ITC kepada
Antwi dan Okine untuk membolehkan mereka didaftarkan beraksi dengan
Sang Kijang pada musim depan.
Namun sebaliknya pula bagi Mohamad Ghaddar kerana dia dikhabarkan sudah
mendapat sijil kebenaran tersebut dan dia boleh didaftarkan dengan
pasukan Kelantan tanpa sebarang masalah. -RedsfcNews-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan