KOTA
BHARU – Tiga pasukan termasuk sebuah kelab yang menjuarai Liga Qatar
antara pasukan yang bakal dihadapi oleh skuad Kelantan dalam siri
perlawanan persahabatan yang diatur oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA) di Kota Bharu sepanjang bulan ini.
Presidennya,
Tan Sri Annuar Musa berkata, selain kelab tersebut, dua pasukan yang
beraksi dalam Liga Super musim depan iaitu T-Team dan Terengganu juga
turut mengesahkan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan
Kelantan.
“Saya
baru sahaja mendapat persetujuan lisan mengenai kehadiran kelab
tersebut ke Kota Bharu. Cuma tarikh untuk perlawanan persahabatan ini
kita masih belum tetapkan bila ia akan diadakan.
“Ini
merupakan fasa kedua bagi persiapan pasukan dimana kita memberi tumpuan
kepada beberapa perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi
perlawanan Sumbangsih. Perlawanan persahabatan menentang T-Team akan
diadakan pada 10 Disember dan Terengganu pada 31 Disember nanti.
“
Jika perlu kita merancang untuk ke utara tanah air pada pertengahan
bulan ini bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan lagi di sana.
Namun itu masih dalam perancangan kita dan belum dimuktamadkan lagi.
Mengulas
mengenai persiapan pra-musim skuad Kelantan yang berakhir minggu lalu,
Annuar yang cukup gembira dengan empat kemenangan daripada lima
perlawanan tetap memberi peringatan itu merupakan sebahagian daripada
permulaan kepada beberapa fasa persiapan terakhir The Red Warriors bagi
menghadapi saingan liga tidak lama lagi.
“Bulan
November yang tidak sia-sia bagi kita apabila mencatatkan keputusan
yang memberangsangkan dalam perlawanan persahabatan tersebut. Kita
mendedahkan (perlawanan persahabatan) kepada pemain muda sebagai langkah
jangka panjang dan terbukti ia menepati matlamat kita.
“Bulan
ini bermulalah fasa kedua bagi kita. Dengan kehadiran pemain import,
beberapa baru dan pemain senior yang melengkapkan pasukan, bukan lagi
soal mencuba atau memberi pendedahan sebaliknya cabaran baru kepada
jurulatih yang perlu mengadunkan ketiga-tiga elemen itu bagi membentuk
sebuah pasukan yang mantap,” katanya.
Dalam
perkembangan lain, Annuar turut menjelaskan Kafa turut melepaskan
beberapa pemainnya kepada pasukan lain bagi membolehkan mereka
mengembangkan karier masing-masing.
“Selain
Khairan Eruan (Razali) yang mengikat kontrak dengan Felda United FC,
kita juga turut meminjamkan Mohd Nizab (Ayub) kepada pasukan yang sama
manakala Wan Zaman (Wan Mustapha) dan Zul Yusri (Che Harun) dipinjamkan
kepada pasukan Perlis,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan