PEMAIN
sedang meningkat, Nazmi Faiz Mansor berazam ‘tidak mahu cepat hanyut’
dengan pujian dan populariti diterima, sebaliknya akan terus cuba
meningkatkan permainan dan memperbaiki kelemahan diri. "Saya akan cuba
tingkatkan permainan serta perbaiki kelemahan diri."
“Pada
awal saya terkejut juga dengan perhatian diberi selepas memenangi
pingat emas Sukan SEA di Jakarta, tetapi saya sedar saya tidak boleh
berpuas hati setakat ini dan perlu meningkatkan prestasi saya,” kata
pemain 17 tahun itu.
“Tetapi
jurulatih sering memberi amaran dan nasihat kepada kami supaya tidak
melayan perkara-perkara remeh begitu dan mahu kami memberi tumpuan penuh
kepada latihan dan kerjaya sebagai pemain bola sepak.
“Saya
gembira jurulatih (Ong Kim Swee) memberi saya peluang sekali lagi untuk
bersama skuad Olimpik ke Australia dan saya akan gunakan peluang ini
mengutip seberapa banyak pengalaman antarabangsa.”
Nazmi
akur antara kelemahan yang ada pada dirinya dan perlu diperbaiki segera
ialah ketahanannya beraksi selama 90 minit di mana sebelum ini, dia
sering mengalami kekejangan selepas sejam beraksi.
“Saya
sudah berjumpa pakar di ISN dan sampel darah saya diambil, tetapi belum
mendapat keputusan ujian masalah yang saya alami itu,” kata Nazmi yang
meledak gol cantik ketika tewas 3-2 kepada Bahrain dalam kelayakan
Olimpik bulan lalu.
“Saya harap dalam masa terdekat, masalah ini akan dapat diselesaikan dan saya akan mula beraksi penuh pada setiap perlawanan.”
Nazmi
yang kini menjadi pemain penuh Harimau Muda A (sebelumnya B), mengakui
tidak teragak-agak untuk menyertai kelab luar negara sekiranya mendapat
tawaran dari kelab yang mempunyai nama di peringkat Asia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan