Zakaria Charara
iPemain tengah berasal dari Lebanon, Zakaria Charara sah menjadi milik Kelantan untuk aksi Piala AFC pada musim depan.n tengah berasal dari Lebanon, Zakaria Charara sah menjadi milik Kelantan untuk aksi Piala AFC p
Menurut
presiden persatuan, Tan Sri Annuar Musa, pihak KAFA memutuskan untuk
mengontrakkan Zakaria selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk
sumber kewangan, keupayaan, dan keperluan pasukan The Red Warriors.
Zakaria menunjukkan aksi cemerlang ketika membantu Kelantan mencatatkan
kemenangan 2-1 menewaskan skuad kebangsaan Maldives dalam perlawanan pra
musim namun gagal memikat hati pihak pengurusan pada perlawanan
seterusnya.
Namun, kepulangan Albert Banning ke tempat asal ekoran masalah teknikal
menyebabkan Zakaria menjadi pilihan utama pihak pengurusan untuk
diserapkan kedalam skuad Sang Kijang.
Selepas perbincangan secara menyeluruh, segala terma dan rundingan
berkaitan gaji telah diselesaikan pihak KAFA dengan Zakaria dan dia
dijangka turun sesi latihan rasmi bersama seluruh pemain Kelantan esok
(pagi)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan