Selamat Datang !!!!

Follow

Khamis, 5 Januari 2012

PIALA SUMBANGSIH 2012 - KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN



Pertembungan dua kuasa besar Malaysia iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan sentiasa menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.Kelantan dan Negeri Sembilan bakal merebut kejuaraan Piala Sumbangsih 2012 pada 7 Januari 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil Jam 8.40 malam.

Kelantan selaku juara bertahan dilihat calon terbaik untuk mempertahankan Piala yang pernah dimenangi pada tahun lalu manakala pasukan Negeri Sembilan pula dilihat lebih merendah diri dengan menganggap pasukan Jang itu lebih kepada pasukan pelawat walaupun bermain di stadium nasional bukit jalil, kuala lumpur.

“Kita sudah sedia maklum bahawa Kelantan sememangnya mempunyai penyokong yang begitu ramai di seluruh negara.Jadi, saya tidak merasakan ia suatu kelebihan buat kami. Yang pasti, kami akan berjuang habis-habisan bagi menjulang Piala Sumbangsih buat kali pertama,”  Kata Jurulatih N9 Azrai Khor kepada Akhbar Tempatan.

Tiada ulasan:

Comment ..

Lain2 lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...