Selamat Datang !!!!

Follow

Selasa, 20 Disember 2011

Hadapi Kelantan, Persebaya Jalani Latihan Intensif.

Persebaya 1927 akan mengadakan sesi latihan intensif termasuk beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab tempatan sebelum bertandang ke Kota Bharu untuk aksi pertama Piala Permai.

Menurut ketua jurulatih mereka, Divaldo Alves dalam laman rasmi kelab peminat Persebaya 1927, mereka akan mengadakan sesi latihan penuh pada waktu pagi dan petang selama dua hari sebelum bertolak ke Kelantan.

Jurulatih tersebut juga menegaskan hanya membawa 18 pemain yang dilihat terbaik sahaja ke Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Empat pemain import termasuk seorang pemain yang belum mendapat ITC turut akan dibawa Divaldo untuk memperkuatkan skuad mereka pada perlawanan ini.

Ditanya pada corak serangan yang diatur saat menentang Kelantan di tempat lawan, Divaldo jelas mengharapkan gerakan melalui bahagian sayap yang direncanakan Andik Vermansyah dan Muhamad Taufiq untuk menekan barisan pertahanan tuan rumah.

Namun kegusaran tetap melanda pengendali Persebaya 1927 jika perlawanan dilangsungkan dalam keadaan padang licin akibat hujan kerana corak permainan mereka akan berubah menjadi buruk.

Tiada ulasan:

Comment ..

Lain2 lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...